Roy Tanck's Flickr Widget requires Flash Player 9 or better.

28 Mac 2009

Kerepek Pisang Sebangan


Pasti semua orang tahu tentang kerepek pisang dan ada sesetengahnya pula pandai membuat kerepek pisang. Begitu juga di Sebangan yang mana terdapat perusahaan membuat kerepek pisang secara kecil-kecilan.

Perusahaan ini telah dijalankan oleh Puan Darot bt Bujang kira-kira hampir 4 tahun yang lalu. Puan Darot telah menjalankan perusahaan kerepek pisang di rumahnya sendiri di Kampung Sampat, Sebangan.

Pada mulanya, perusahaan ini dibantu dan dibimbing oleh FAMA dan Jabatan Pertanian dari segi tunjuk ajar dan bantuan peralatan. Kemudian, Puan Darot mampu menjalankan perusahaannya sendiri dengan bantuan suami dan anak-anak beliau pada masa sekarang.

Kelainan rasa kerepek pisang itu sendiri membuatkan Puan Darot kadangkala tidak mampu memenuhi permintaan pelanggannya yang membuat tempahan. Ini disebabkan oleh faktor ketiadaan peralatan untuk mengkomersilkan produk tersebut.

Kerepek pisang yang dihasilkan oleh Puan Darot mampu bertahan lama. Ianya sesuai dimakan pada bila-bila masa sahaja terutamanya sebagai hidangan minum petang.

Anda cubalah rasa sendiri kerepek pisang Puan Darot ini!

Untuk tempahan, sila tinggalkan pesanan anda atau menghantar e-mail ke ppiksebangan@yahoo.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan